Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pertarungan Fury, Joshua Dibatalkan

    LONDON, 29 SEPT – Tyson Fury berkata cadangan pertarungan heavyweight dengan Anthony Joshua telah dibatalkan selepas tarikh akhir yang ditetapkan oleh pihak Fury mansuh tanpa perjanjian pada hari Isnin.

    Fury memberikan kata pemutus kepada Joshua pada malam Jumaat, menegaskan jika perjanjian itu tidak dapat dicapai tepat pada masanya maka dia akan meninggalkan pertarungan blockbuster seluruh Britain itu.

    Bercakap di Instagram pada petang Isnin, juara WBC itu berkata: “Baiklah, ia adalah rasmi. Hari tersebut telah datang dan berlalu. Ia telah melepasi pukul lima, Isnin. Tiada kontrak telah ditandatangani.

    “Ia secara rasminya telah berakhir untuk Joshua. Dia kini berada dalam keadaan teruk.”
    Penganjur Joshua, Eddie Hearn sudah pun berkata tiada peluang kontrak dapat ditandatangani pada Isnin.

    Bercakap di Instagram Live, Joshua berkata: “Ia bukan dalam kuasa saya, ia dengan pasukan undang-undang. Itulah sebabnya awda mengupah peguam.

    “Awda tahu sejarah tinju, pastikan awda mendapat syarat undang-undang anwa dengan betul. Itulah sebabnya awda mendapat pengurusan yang baik dan peguam yang baik.

    “Jadi, sudah tentu, saya akan menandatangani kontrak itu. Ia hanya dengan beberapa peguam pada masa ini.”

    Pasukan Joshua telah menerima tawaran Fury secara lisan untuk membahagi keuntungan 60-40.

    Joshua mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Oleksandr Usyk di Arab Saudi bulan lalu, dan harapan Fury untuk perlawanan penyatuan gelaran musnah selepas pemain Ukraine itu menyatakan dia tidak berhasrat untuk kembali ke gelanggang sehingga 2023. – AFP

    Reaksi Floyd Mayweather semasa perlawanan tinju menentang atlet seni mempertahankan diri Mikuru Asakura di Arena Super Saitama di Saitama pada 25 September lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...