Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertarungan Pacquiao akan menjadi singkat dan manis

    BRISBANE, Australia, 28 Jun – Manny Pacquiao tidak menyatakannya secara terbuka, dengan lebih suka untuk tidak terlalu memikirkan untuk memberi tumbukan knockout.

    Pelatihnya, Freddie Roach, menganggap pertarungan kejohanan dunia welterweight WBO menentang Jeff Horn pada hari Ahad adalah pertarungan yang ‘singkat dan manis’.

    Manny dalam keadaan yang memuaskan,” kata Roach. “Dia tidak suka meramalkan knockout, tetapi saya meramalkannya, ia akan singkat dan manis.”

    “Jika Horn muncul seperti dia mengatakan, dia akan, Manny akan melawan balik. Saya kira pertarungan akan begitu hebat tetapi ia tidak bertahan begitu lama seseorang akan knock out.”

    Pacquiao, yang belum menang melalui knockout sejak 2009 berkata dia mempunyai beberapa strategi untuk menangani Horn, yang tidak pernah ditumpaskan dalam 17 pertarungan sejak menjadi pro pada tahun 2013. Senator Filipina berusia 38 tahun telah merebahkan rakan tinjunya dalam latihan dan berkata dia merasa lebih selesa dari lama dulu.

    Pacquiao ketika mengulas mengenai pertarungannya dengan Jeff Horn hujung minggu ini. – AP
    Pacquiao ketika mengulas mengenai pertarungannya dengan Jeff Horn hujung minggu ini. – AP

    Roach berkata kem latihan adalah seperti persiapan bermutu Pacquiao.

    “Dalam latihan tinju, tidak ada pukul jatuh dan tumpas dalam masa lama. Kali ini kami telah melakukannya,” pelatih legenda itu berkata. “Manny seperti dirinya yang sebelum ini, berseronok dan melakukan apa yang terbaik.”

    Pacquiao berkata dia suka bertarung di hadapan penonton lawannya dan mengingati semula pertarungan serupa dengan Marco Antonio Barrera di San Antonio, Texas pada tahun 2003.

    “Saya merasa seronok dengan pertarungan ini. Semuanya telah siap sedia,” ujarnya. “Saya ingin bertarung di hadapan orang ramai di tempat pihak lawan supaya banyak sekali peminat memberikannya tepuk sorak. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda