Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Pertelingkahan tercetus sebelum aksi final Liga Persidangan

    TIRANA, 25 MEI – Satu insiden pertelingkahan ganas berlaku di Tirana pada malam kelmarin menjelang perlawanan akhir Liga Persidangan antara Roma dan Feyenoord, ketika penyokong Belanda menyerang seorang lelaki tempatan dan mencederakan 10 pegawai polis, menurut pihak berkuasa.

    Lapan penyokong Feyenoord ditahan kerana memukul seorang lelaki Albania dengan kerusi apabila dia menunjukkan sokongannya kepada pasukan Roma dan terpaksa dibawa ke hospital, kata polis dalam satu kenyataan. Sekumpulan kira-kira 200 penyokong Feyenoord turut bertempur dengan polis ketika cuba sampai ke kawasan di mana peminat Roma berada. Penyokong kelab Itali itu juga menyerang pihak berkuasa dengan kayu dan batu.

    “10 pegawai polis cedera dan sebuah bas polis rosak akibat tindakan ganas itu,” menurut kenyataan pihak polis.

    Peminat lawan bertempur di sekurang-kurangnya tiga lokasi di Tirana, seperti yang disaksikan oleh seorang wartawan AFP.

    Seramai 60 penyokong kedua-dua pasukan telah ditahan, tambah pihak polis. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...