Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertembungan Cavs, Warriors makin hangat

    OAKLAND, 1 Jun – Bintang Cleveland Cavaliers, LeBron James mengalami situasi yang emosional dalam saingan NBA Finals semalam yang menyaksikan pemain itu cedera.

    Juara bertahan Golden State mencatat kemenangan 124-114 ke atas Cavaliers untuk bersaing dalam siri tujuh terbaik yang menjanjikan perlawanan yang hangat dan mendebarkan di Oakland.

    “Saya tidak perlu berkata apa-apa,” kata James. “Kami berada dalam pertarungan sekarang. Perlawanan akhir ini telah bermula dan mereka merasakan bahangnya malam ini. Mereka telah menjangkakan apabila kami akan beraksi lagi.”

    Pemain Paling Bernilai NBA empat kali, James memperolehi 51 mata, paling banyak yang dicatat dalam sejarah peringkat akhir dan paling banyak dalam mana-mana perlawanan akhir sejak Michael Jordan mencatat 53 mata pada 1993 menentang Phoenix.

    “Ia sangat hebat dan dia telah melakukan yang terbaik untuk membawa pasukan ini menuju kemenangan,” menurut jurulatih Cavs, Tyronn Lue. “Menyaksikan apa yang dilakukannya malam ini dan keluar kecewa, ia tidak betul.”

    LeBron James berinteraksi dengan Stephen Curry semasa perlawanan pertama NBA Finals di Oracle Arena semalam. – AFP

    Selepas menyempurnakan 19 daripada 32 percubaan dan tiga daripada tujuh untuk jarak tiga mata, James mengalami kecederaan mata pada suku kedua apabila membuat larian ke arah jaring.

    “Mata saya semakin baik walaupun agak sedikit kabur dan semakin buruk semasa perlawanan itu berlangsung,” kata James. “Jadi saya perlu menempuhinya untuk tempoh beberapa hari mendatang.”

    Pemain Warriors, Klay Thompson mengalami kecederaan kaki kiri pada suku pertama selepas pemain Cavs, J.R. Smith merempuh dari belakang.

    Thompson mencatat 24 mata, menyertai Curry dengan 29 mata dan Durant 26 mata sementara Draymond Green menambah 13 mata, 11 rebound dan sembilan asis. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda