Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Skuad I Team Veteran berjaya menewaskan Zaimar FC Veteran dengan jaringan 4-2 dalam aksi persahabatan yang diadakan di padang berakas Garison.
Perlawanan yang menarik dengan aksi berbalas-balas serangan menyaksikan I Team Veteran lebih kritikal dalam memanfaatkan setiap peluangnya, meskipun Zaimar FC Veteran cuba memberikan tentangan dengan dua jaringan yang dihasilkan.
Antara objektif perlawanan tersebut adalah mengeratkan tali silaturahim antara kedua buah pasukan, sekali gus menjadikan sukan bola sepak sebagai platform terbaik untuk mengekalkan kecergasan badan.
