Pertembungan dua teratas La Liga

MADRID, 13 Jan – Cristiano Ronaldo akan kembali bagi Real Madrid apabila juara Eropah itu mahu meneruskan momentum rekod 40 perlawanan tanpa kalah mereka dalam pertembungan puncak liga dengan di Sevilla hujung minggu ini.

Kemenangan bagi pasukan tuan rumah akan membuka peluang yang luas bagi pemburuan kejuaraan La Liga, dengan Sevilla akan menjadikan jurang dengan Real kepada satu mata.

Ronaldo direhatkan pada awal minggu ini ketika dia dimahkotakan sebagai Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2016 apabila Real menempat tempat mereka dalam suku akhir Copa del Rey awal pagi tadi dengan memintas rekod tanpa kalah 39 perlawanan Barcelona sebelum ini.

Bagaimanapun, Sevilla nyaris memberikan kekalahan pertama Real dalam tempoh lapan bulan, namun jaringan Benzema di minit-minit akhir perlawanan telah menyelamatkan Real dan sekali gus mara dengan agregat 6-3.

Meskipun dengan drama tersebut, kedua pasukan menyasarkan perlawanan terhebat musim La Liga hujung minggu ini, yang akan menguji keazaman Sevilla sebagai pesaing kejuaraan.

Bos Real Madrid, Zinedine Zidane berteriak memberikan arahan kepada para pemainnya dalam aksi pusingan 16 pasukan terakhir kedua Copa del Rey antara Real Madrid dan Sevilla di Ramon Sanchez Pizjuan. – AFP
Bos Real Madrid, Zinedine Zidane berteriak memberikan arahan kepada para pemainnya dalam aksi pusingan 16 pasukan terakhir kedua Copa del Rey antara Real Madrid dan Sevilla di Ramon Sanchez Pizjuan. – AFP

“Kami juga akan mengalami kesukaran ini pada hujung minggu,” kata bos Madrid, Zinedine Zidane.

“Ia merupakan sebuah tempat yang sukar untuk dikunjungi dan mempunyai pemain-pemain yang hebat, tetapi itulah yang dihadapi setiap minggu dan terutamanya minggu ini pasti sukar.”

Skuad Jorge Sampaoli memintas Barcelona untuk berada di tangga kedua selepas kemenangan bergaya 4-0 ke atas Real Sociedad minggu lepas dan akan kembali dengan skuad penuh apabila Mariano, Steven N’Zonzi dan Franco Vazquez direhatkan pertengahan minggu ini.

Zidane juga akan menerima kembali Luka Modric yang juga direhatkan, sementara kapten Sergio Ramos, Mateo Kovacic dan Lucas Vazquez telah membuat penampilan pertama 2017 selepas kembali daripada kecederaan awal pagi tadi. – AFP