Pertembungan Gennaro Gatusso dan Zlatan Ibrahimovic

MILAN, 20 NOV – Napoli menghadapi ujian awal untuk memburu gelaran mereka menentang pendahulu liga AC Milan pada Ahad ini dalam pertembungan antara dua bekas rakan sepasukan yang mengejar Scudetto iaitu Gennaro Gatusso dan Zlatan Ibrahimovic.

Kedua-dua pemain Ibrahimovic, 39, dan Gattuso, 42 tahun, pernah bermain bersama dalam satu pasukan di AC Milan ketika kelab itu memenangi gelaran terakhir daripada 18 gelaran Serie A pada tahun 2011.

Sejak itu Juventus mendominasi di Itali dan mengejar gelaran liga ke-10 berturut-turut mereka.

Milan berada di puncak Serie A selepas tujuh perlawanan dengan kelebihan dua mata di tempat kedua Sassuolo, dengan Napoli ketinggalan satu mata di belakang tempat ketiga.

Juventus berada di kedudukan kelima, empat mata di belakang pendahulu liga, setelah permulaan yang tidak begitu baik di bawah jurulatih baharu Andrea Pirlo.

“Saya tidak suka mendengar mengenai Scudetto,” kata jurulatih Napoli, Gattuso, mendesak para pemainnya supaya ‘tenang’ ketika mereka menyasarkan gelaran liga pertama mereka sejak tahun 1990.

Bekas pemenang Piala Dunia, Gattuso menghabiskan 13 tahun sebagai pemain bersama AC Milan, juga melatih kelab itu antara 2017 dan 2019.

AC Milan melakukan perjalanan tanpa ketua jurulatih Stefano Pioli dan pembantunya Giacomo Murelli, kerana dijangkiti koronavirus. – AFP

Aksi Zlatan Ibrahimovic semasa perlawanan yang lalu. AC Milan akan berdepan Napoli yang memburu gelaran pertama mereka. – AP