Pertembungan hebat Mourinho dan Lampard

LONDON, 27 NOV – Jose Mourinho akan membawa pasukannya yang kini berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan menentang bekas kelabnya, Chelsea pada Isnin ini bagi membuktikan pasukannya kini berada di tempat sepatutnya di EPL.

Empat kemenangan berturut-turut membawa Spurs meraih 20 mata selepas sembilan perlawanan, berada di depan Liverpool dengan perbezaan jaringan namun skuad Frank Lampard hanya dua mata di belakang The Red dan Spurs.

Juara bertahan, Liverpool akan berkunjung ke Brighton, manakala pasukan yang sedikit bergelut Manchester City akan menjadi tuan rumah kepada Burnley yang berada di kedudukan ke-13. Manakala Arsenal masih lagi mencari kemenangan untuk kembali meningkatkan prestasi pasukan.

Ketua jurulatih Spurs, Mourinho memiliki sesuatu yang mahu dibuktikannya berdepan Lampard, yang meraih dua gelaran EPL bersama semasa di Stamford Bridge.

Mourinho dan bekas pemain tengah Chelsea itu sudah berdepan empat kali dalam pelbagai kejohanan.

Ketua jurulatih Tottenham Hotspur, Jose Mourinho semasa perlawanan pusingan pertama Liga Europa UEFA antara Tottenham Hotspur dan Ludogorets di Stadium Tottenham Hotspur di London, kelmarin. – AFP

Lampard pernah menewaskan Mourinho dengan kekalahan memalukan apabila pasukannya, Derby menyingkirkan Manchester United yang diketuai Mourinho daripada Piala Liga menerusi sepakan penalti pada 2018.

Selepas kembali menjadi pengurus Chelsea, Lampard dua kali mengatasi bekas jurulatihnya itu yang kini menjadi pengurus Tottenham musim lalu.

Mourinho enggan bercakap mengenai gelaran juara selepas kemenangan 2-0 minggu lalu menewaskan Manchester City yang membawa mereka ke puncak liga.

“Orang tidak menjangkakan kami untuk datang ke sini dan selepas semusim kami bertarung untuk gelaran,” katanya kepada BBC.

“Kami bukan bertarung untuk gelaran, kami hanya bertarung untuk menang semua perlawanan. Tapi kami akan tewas juga perlawanan, kami juga akan seri.” – AFP