HAIKOU, 22 Feb – Dua orang hilang selepas kapal pengangkut dan sebuah kapal penumpang bertembung di pantai barat wilayah Guangdong Selatan China awal hari ini, menurut pihak berkuasa.
Kapal keluli membawa kargo yang telah didaftarkan di Wilayah Hainan, tenggelam selepas bertembung dengan kapal yang membawa lebih daripada 970 penumpang dan 140 kenderaan kira-kira 12:46 pagi hari ini, kata jabatan publisiti Haikou, ibu kota Wilayah Hainan.
Lima orang penumpang kapal jatuh ke dalam air. Tiga telah diselamatkan tetapi dua yang lain masih hilang. – Xinhua