Pertempuran baharu gegar Sudan

KHARTOUM, 28 OKT – Pasukan keselamatan Sudan melepaskan gas pemedih mata hari ini untuk menyuraikan para penunjuk perasaan berhubung rampasan kuasa tentera yang menghambat peralihan negara itu kepada demokrasi dan mencetuskan kecaman antarabangsa.

Ketika keganasan jalanan menggegarkan Khartoum memasuki hari keempat, Majlis Keselamatan PBB menggesa pemerintah tentera baharu Sudan untuk memulihkan kerajaan pimpinan awam yang mereka gulingkan pada Isnin lalu.

Majlis itu sebulat suara meluluskan kenyataan menyatakan ‘kebimbangan’ tentang rampasan kuasa tentera di negara miskin timur larut Afrika itu dan menggesa semua pihak ‘untuk terlibat dalam dialog tanpa prasyarat’.

Jeneral Abdel Fattah al-Burhan – pemimpin de facto Sudan sejak 2019, menyingkirkan veteran autokrat Omar al-Bashir selepas bantahan besar diketuai para belia – pada Isnin membubarkan kerajaan rapuh negara itu.

Sementara pemimpin awamnya, Perdana Menteri Abdalla Hamdok ditahan di bawah rumah tahanan, bandar itu telah digegarkan dengan pergolakan dan tunjuk perasaan besar pada Sabtu.

Jalan-jalan telah disekat oleh halangan batu, sampah dan tayar kereta yang dibakar dengan kebanyakan kedai ditutup dalam kempen ingkar awam.

“Kami tidak mahu kuasa tentera, kami mahu kehidupan demokratik bebas di negara ini,” kata salah seorang pembantah.

Kira-kira tujuh penunjuk perasaan dilaporkan mati hari ini dan beberapa lagi jumlah mayat yang dihantar sejak itu, kata pegawai kesihatan.

Pertempuran jalanan terbaharu hari ini menggegarkan daerah timur Khartoum, Burri, kata wartawan AFP. – AFP

Orang ramai berbaris untuk mendapatkan roti di kedai bandar Khartoum pada 28 Oktober. – AFP