PORT MORESBY, 9 MEI – Pasukan keselamatan hari ini bergerak untuk menghentikan pertempuran antara suku bersaing di Papua New Guinea (PNG) yang pihak polis katakan telah membunuh sekurang-kurangnya 17 orang dekat lombong emas utama di kawasan tanah tinggi yang diliputi hutan hujan.
Ahli-ahli suku berkenaan juga membakar bangunan-bangunan di pekan Paiam dan Porgera berdekatan semasa tiga hari pertempuran itu, menurut polis, yang dibantu dengan pengerahan tentera di rantau yang bergolak itu.
Dua unit polis dikerahkan “membendung situasi di pekan Porgera dan juga telah bergerak ke tapak lombong berkenaan,” Pesuruhjaya Polis David Manning memberitahu AFP hari ini.
Pertempuran bermula dengan serangan-serangan antara ahli-ahli suku Aiyala dan Nomali yang bersaing, Manning memberitahu akhbar PNG, Post-Courier.
Pada Sabtu, serangan-serangan bertambah buruk menjadi konfrontasi besar antara suku di Paiam, dengan berbilang tembakan dilepaskan dan beberapa rumah dibakar, katanya. – AFP