Pertempuran di Mogadishu ragut 11 nyawa

MOGADISHU, 11 OGOS – Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk anggota pasukan keselamatan dan kumpulan al-Shabaab terbunuh, sementara beberapa yang lain cedera dalam pertempuran bersenjata di penjara di Mogadishu pada Isnin, kata pegawai kepada Agensi Anadolu.

Pertempuran tercetus apabila tahanan Al-Shabaab secara sembunyi mendapat bekalan senjata api.

Pasukan keselamatan membunuh enam tahanan al-Shabaab yang terlibat dalam kejadian itu, kata jurucakap kerajaan Somalia, Ismail Mukhtar Oronjo. – Bernama