KIEV, 10 Mac – Polis Ukraine hari ini berkata bahawa seramai 25 orang pegawai mendapat kecederaan dalam beberapa pertempuran bersama ultra nasionalis yang cuba menyerang sebuah perarakan presiden menjelang pilihan raya yang akan diadakan lewat bulan ini.
Seramai 19 orang pegawai polis dimasukkan ke dalam hospital di bandar Cherkasy, di mana para penyokong Parti National Corps membuat percubaan untuk menyekat perarakan Presiden Petro Poroshenko dan menuduh kerajaan terlibat rasuah. Tiga orang para pegawai turut mengalami kecederaan dalam pertempuran bersama kumpulan sama di Kiev berdekatan pejabat presiden, dengan salah seorang mereka terpaksa dirawat di hospital.
Insiden tersebut menambahkan lagi ketegangan yang berlaku menjelang pemilihan presiden pada 31 Mac di dalam negara yang dilanda skandal rasuah itu dan konflik berterusan bersama pemisah pro Rusia di timur Ukraine.
Sementara itu, jurucakap polis, Yaroslav Trakalo memberitahu AFP, siasatan telah dibuka terhadap kejadian yang berlaku di Kiev dan Cherkasy.
Satu rakaman video polis dari sebuah bandar yang terletak kira-kira 150km jauh dari tenggara Kiev, menunjukkan sekumpulan lelaki, dengan sesetengah mereka menutup muka, mengerumuni sebuah perarakan kenderaan polis, dengan sebahagian mereka menaiki bumbung, membuka pintu kereta dan memukul pegawai polis berkenaan.
Para pembantah menghidupkan api dan memenuhi jalan raya dengan kepulan asap serta berteriak dengan kata-kata kurang sopan.
“Siapa yang anda lindungi? Mereka inilah yang telah menghancurkan tentera Ukraine!” kata salah seorang membantah menerusi rakaman video tersebut.
Jurucakap National Corps, Oleksandr Alfyorov mengesahkan AFP bahawa para aktivis kumpulan berkenaan telah terbabit dalam pertempuran di kedua-dua bandar berkenaan. – AFP


































