Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertemuan dengan Kemboja tidak mudah – Pau Marti

    PHNOM PENH, 8 DIS – Ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysia, Pau Marti Vicente sedar bahawa perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala ASEAN 2024 mereka bertemu Kemboja bukanlah sesuatu yang mudah, kerana pasukan tuan rumah mempunyai pasukan yang seimbang dan berkualiti.

    Skuad Harimau Malaya itu yang tiba pada Jumaat telahpun berhadapan pelbagai masalah, dengan ketua jurulatihnya yang akan meninggalkan pasukan, dron yang terbang di padang latihan mereka dan pasukan Kemboja yang kuat.

    “Kami berhadapan beberapa isu, dengan dron terbang di atas padang latihan kami, ia sesuatu yang mengganggu dan mengecewakan.

    “Ia bukan satu perlawanan yang mudah menentang Kemboja, terutamanya kita bermain di tempat lawan. Kemboja mempunyai sokongan yang bagus dan ramai pemain yang baik, termasuk tiga pemain naturalisasi. Mereka telah bermain dengan baik,” kata Vicente pada sidang media praperlawanan kelmarin.

    Vicente berkata Kumpulan A yang turut disertai juara bertahan Thailand, Singapura dan Timor-Leste juga satu kumpulan yang sukar.

    Kumpulan B pula terdiri daripada Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina dan Vietnam.

    Sementara itu pemain penyerang Syafiq Ahmad berkata pasukan Makaysia dalam keadaan yang baik dan teruja untuk berhadapan dengan Kemboja.

    “Kami pemain profesional, kami akan berikan yang terbaik untuk capai sesuatu pada kejohanan ini. Kami ambil satu langkah untuk setiap perlawanan dan berharap berjaya lepasinya dengan baik,” kata Syafiq. – Bernama

    Gambar hiasan. – Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda