Pertemuan dua ‘Caretaker’

LONDON, 20 DIS – Duncan Ferguson akan kekal menerajui Everton bagi pertemuannya bersama Arsenal minggu ini, kelab tersebut mengesahkan mereka akan mengambil Carlo Ancelotti sebagai pengurus yang kekal bagi Everton.

Pengurus sementara tersebut sudah berada selama tiga minggu di Goodison Park setelah pemecatan Marco Silva, mendapat kemenangan ke atas Chelsea dan terikat dengan Manchester United di Liga Perdana Inggeris sebelum kalah kepada Leicester dalam sepakan penalti dalam Piala Liga Inggeris kelmarin.

“Duncan Ferguson akan kekal sebagai pemangku pengurus bagi Everton semasa pertemuan bersama Arsenal minggu ini,” menurut kenyataan dari kelab tersebut.

Terdapat laporan mengatakan bahawa Ancelotti bakal menerima tawaran tersebut, jika dia bersetuju dalam beberapa hari akan datang, perlawanan pertamanya akan berlangsung semasa perlawanan Boxing Day di tempat sendiri menentang Burnley.

Pengurus berasal Itali tersebut di berhenti sebagai pengurus Napoli minggu lepas walaupun membawa pasukan tersebut ke perlawanan 16 terakhir di liga Juara-Juara Eropah selepas mereka jatuh ke tangga ketujuh dalam liga Serie A.

Ancelotti pernah menjadi pengurus pasukan Chelsea pada musim 2009 hingga 2011, dengan memenangi dua piala serentak dalam musim pertamanya di Stamford Bridge. Arsenal ketika ini sudah hampir melantik penolong jurulatih Manchester City, Mikel Arteta mengganti pengurus yang sebelumnya. – AFP