Pertemuan erat semula hubungan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Seramai 85 orang mantan pegawai  dan kakitangan Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah menghadiri majlis pertemuan semula yang diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara mantan pegawai dan kakitangan yang sudah bersara dan yang masih bekerja.

Majlis yang berlangsung di salah sebuah restoran di Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam itu diteruskan dengan majlis bertahlil dan bacaan Doa Arwah bagi pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah meninggal dunia.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Haji Ibrahim. Turut hadir ialah Dato Seri Paduka Haji Roselan bin Haji Mohd Daud, Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Latif, Pengiran Haji Mumin bin PLW Pengiran Haji Mohd Yussof,  Haji Arbi bin Haji Abdul Hamid serta  pegawai dan kakitangan lainnya.

Gambar beramai mantan pegawai dan kakitangan yang bersara dan yang masih bekerja di Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.