Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Seramai 60 orang mantan penyelia dan operator yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Telekom Brunei (JTB) menghadiri majlis pertemuan semula yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, kelmarin.
Antara yang hadir ialah Datin Hajah Hasiah binti POKPS Dato Paduka Haji Hashim dan Judith Shim yang merupakan penyelia operator JTB.
Majlis itu diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah bagi mantan penyelia dan operator yang telah kembali ke rahmatullah yang dipimpin oleh Haji Sapawi bin Haji Tahir.
Majlis bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sekian lama terjalin dan merupakan masa yang sesuai untuk bersua muka dan beramah mesra.
JTB telah diswastakan pada 1 April 2006 dan dikenali sebagai Telekom Brunei Berhad (TelBru).