Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Pertemuan semula imbau kenangan waktu sekolah

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Haji Abd Aziz bin Haji Mohd Zain dan Awang Jali bin Haji Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN – Seramai 27 bekas penuntut Tingkatan 1H Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS) tahun 1979 telah mengadakan majlis pertemuan semula bertempat di salah sebuah restoran di Kampung Kiulap, baru-baru ini.

    Majlis merupakan pertemuan bagi mengimbas kembali detik-detik suka dan duka setelah 43 tahun berlalu menuntut di sekolah tersebut.

    Selain itu ia juga bertujuan untuk mengenang jasa yang pernah ditaburkan oleh bekas guru-guru mereka selain untuk mengeratkan silaturahim sesama bekas pelajar SOAS.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah, Awang Abdul Samad bin Abdul Sani, yang merupakan bekas guru tingkatan sekolah itu.

    Majlis turut diselajurkan dengan bacaan tahlil untuk sahabat yang juga bekas penuntut yang telah kembali ke rahmatullah.

    Seramai 27 orang bekas penuntut Tingkatan 1H Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien tahun 1979 mengadakan majlis pertemuan semula bertempat di salah sebuah restoran di Kampung Kiulap, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...