Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Pertikaian harta pusaka keluarga selesai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober lalu telah menyelesaikan pertikaian antara ahli keluarga dalam urusan kewangan dan pentadbiran harta pusaka arwah bapa mereka yang telah meninggal dunia tanpa wasiat.

    Plaintif Che Sung Kiaw, Lau Kok Eng, Law Kok Meng dan Lau Kok Seng menyaman defendan Lau Lan Hwa dan Low Lan Eng atas alasan mereka telah melanggar kewajipan fidusiari, pecah amanah, penggelapan dan penyelewengan wang disebabkan harta pusaka arwah bapa mereka, Lau Hong Siong.

    Sementara itu, Che Sung Kiaw adalah balu dan telah meninggal dunia.

    Low Lan Eng pula telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap tumor otak, menjadikan kehadirannya di mahkamah mustahil.

    Tuntutan plaintif juga menyatakan bahawa defendan telah membuat pembelian hartanah tanpa kebenaran dengan wang kepunyaan harta pusaka, pemindahan harta tanpa kebenaran kepada diri mereka serta pembangunan harta tanpa kebenaran menggunakan wang harta pusaka.

    Hakim Timothy Edward Starbuck Woolley mendapati urusan kewangan akaun bank sehingga masa kematian tidak menunjukkan percanggahan, walaupun menyatakan bahawa ia telah mencatat pengeluaran lebih untuk membiayai kos perubatan defendan.

    Mahkamah mendapati dakwaan melanggar kewajipan fidusiari dan pecah amanah, penggelapan dan penyelewengan, selain pemalsuan, terutamanya berkaitan dengan modal dan pelaburan Komplek Harapan adalah tidak berasas.

    Mahkamah juga menyimpulkan hartanah sebenar berkaitan dengan harta pusaka semasa kematian dan syarikat Komplek Harapan, sebelum berurusan dengan hartanah yang dipertikaikan.

    Ia termasuk hartanah Kampung Pandan, hartanah Kampung Cina, bangunan Kompleks Harapan di Kuala Belait, tanah Berakas dan dua pangsapuri di Hong Kong.

    Hakim Woolley kemudian mendapati bahawa hartanah masih dimiliki oleh Lau Hong Siong pada masa kematiannya pada tahun 1985.

    Satu perempat daripada kepentingannya di Komplek Harapan dan salah satu pangsapuri di Hong Kong telah dipindah ke harta pusakanya.

    Bagaimanapun, mahkamah menyatakan bahawa tiada tuntutan dibuat bagi pihak harta pusaka berkaitan Kompleks Harapan dan hartanah lain tertakluk kepada pengisytiharan amanah, menjadikannya bukan sebahagian daripada harta pusaka.

    Berdasarkan hasil dapatan tersebut, Hakim Woolley menolak permohonan plaintif, memerintahkan injunksi Mareva terhadap defendan ditarik balik dan semua bayaran kepada mahkamah oleh defendan dibayar kepada mereka atau penama mereka.

    Mahkamah juga memerintahkan kos prosiding diserahkan kepada defendan dengan sijil untuk dua peguam.

    Plaintif diwakili peguam Lim Chin Wah dari Messrs Ahmad Zakaria & Associates.

    Manakala, Peguam Veronica Rajakanu dari firma senamanya bertindak sebagai peguam dan Messrs HEP Law bertindak sebagai peguam cara untuk defendan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...