Pertikaian sempadan, India masih berunding dengan China

NEW DELHI, 12 JUN – India masih berunding dengan China untuk menyelesaikan isu sempadan di wilayah Himalaya Ladakh, lapor agensi berita Anadolu.

“Dalam rundingan 6 Jun lalu telah dipersetujui penyelesaian awal masalah itu berdasarkan nasihat pemimpin kami,” kata jurucakap Kementerian Luar India, Anurag Srivastava semalam.

“Kedua-dua pihak berusaha untuk menyelesaikan isu itu secara aman dengan secepat mungkin bagi memastikan keamanan dan ketenangan di kawasan sempadan dicapai,” tambah beliau.

Media tempatan melaporkan bahawa delegasi tentera kedua-dua negara telah mengadakan pertemuan kali keempat pada Rabu.

Pada Rabu juga, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying memberitahu wartawan kesepakatan penting telah dicapai. – Bernama