Pertikaian Trump, Pelosi memuncak

WASHINGTON, 21 Jan – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membidas demokrat tertinggi Nancy Pelosi semalam dan Pelosi sekali lagi menggesa beliau menamatkan penutupan kerajaan sebelum rundingan keselamatan sempadan boleh dimulakan.

Trump membidas menerusi Twitter sehari selepas speaker Dewan Perwakilan, Pelosi menolak tawaran Trump untuk melanjutkan perlindungan sementara ke atas kira-kira sejuta imigran sebagai balasan bagi AS$5.7 bilion dana untuk tembok yang beliau inginkan di sempadan Mexico untuk memenuhi janji kempen.

Penutupan kerajaan telah menganggu ritual politik yang berlaku dalam pelbagai pentadbiran dan hampir unik bagi sistem Amerika. Namun ini adalah yang terpanjang dan mengakibatkan kira-kira 800,000 pekerja persekutuan tidak menerima gaji termasuk pegawai-pegawai keselamatan, ejen-ejen FBI, pekerja-pekerja muzium dan anggota-anggota Pengawal Pantai.

“Nancy Pelosi berkelakuan amat tidak rasional telah melewati jauh ke kiri dan dia kini secara rasmi menjadi Demokrat Radikal,” menurut presiden melalui Twitter.

“Dia berpendirian amat keras dengan ‘anggota haluan kiri’ partinya sehingga dia hilang kawalan.”

Itu adalah bidasan Trump paling berterusan terhadap Pelosi sejak penutupan sebahagian kerajaan bermula dan memperlihatkan rasa kekecewaan beliau yang semakin bertambah.

Dengan ketara tidak mengendahkan ulasan peribadi beliau, melalui Twitter, Pelosi menekankan perlunya untuk menamatkan kebuntuan, yang telah mengakibatkan kepayahan yang semakin memuncak selama sebulan, dengan sesetengah kakitangan kerajaan terpaksa beralih kepada bank-bank makanan atau sumbangan setempat untuk meneruskan kehidupan.

Melalui Twitter Pelosi berkata “Membuka semula kerajaan, membolehkan para pekerja mendapat gaji mereka dan kemudian kita boleh berbincang bagaimana kita boleh bersama-sama melindungi sempadan.” – AFP