Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pertimbang kelangsungan industri emas sebelum laksana cukai mewah

    KUALA LUMPUR, 30 MAC – Persatuan Emas Malaysia (MGA) meminta kerajaan untuk mempertimbang kelangsungan penggiat serta industri emas di negara ini sebelum bertindak melaksanakan cukai barangan mewah (LGT) ke atas emas serta barang kemas.

    Dalam kenyataan hari ini, MGA berkata walaupun usaha meningkatkan pendapatan negara menerusi LGT yang dibentangkan dalam semakan semula Belanjawan 2023 perlu diutamakan, langkah tersebut sebaliknya tidak mampu ditanggung oleh pengguna secara amnya selain turut menjejaskan kemampanan industri itu secara menyeluruh.

    MGA juga mendakwa, jika dilaksanakan, cukai tersebut boleh memberi kesan kepada kira-kira 4,500 pengusaha barang kemas, 1,000 pengeluar emas dan ratusan ribu pekerjaan di Malaysia.

    “Rakyat Malaysia dalam kelompok berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan pertengahan (M40) tanpa mengira etnik, cenderung membeli emas 999.9 dan barang kemas 916 sebagai antara bentuk pelaburan dan simpanan.

    “Aset ini lazimnya diserahkan atau diwarisi daripada satu generasi ke generasi berikutnya yang menjadi sebahagian daripada budaya tempatan,” katanya.

    Menurut MGA, barangan mewah sebaliknya adalah sesuatu yang bukan keutamaan, margin lebih tinggi serta memberi pulangan kecil atau tiada nilai jualan semula yang lazimnya dimiliki oleh kumpulan berpendapatan tinggi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...