KUCHING, 28 JULAI – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan pemberian visa kemasukan berganda kepada pelancong asing bagi melonjakkan sektor pelancongan negara.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata perbincangan antara kedua-dua kementerian itu telah dijalankan memandangkan kelulusan visa tersebut terletak di bawah bidang kuasa KDN.
“Diharap akan jadi satu dasar sementara (pemberian visa berganda) Malaysia kerana kita memerlukan pelancong untuk datang dan mahu mereka untuk terus kembali ke Malaysia selain memudahkan kemasukan pelancong ke negara ini,” katanya. – Bernama