Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pertimbangan teliti dibuat tentukan vaksin dos penggalak

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Dos penggalak atau booster yang digunakan di negara ini seperti lazimnya adalah vaksin Pfizer dan Moderna sahaja, yang pemilihannya dibuat setelah penelitian dan semakan oleh Jawatankuasa Teknikal, Kementerian Kesihatan.

    Apa jua vaksin yang diberikan di negara ini, sama ada dos pertama, kedua terutama dos penggalak, telah pun dinilai dengan teliti, disemak malah kepada pembuatan vaksin itu sendiri oleh Jawatankuasa Teknikal.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menerangkan perkara ini semasa menjawab persoalan mengenai pemberian dos penggalak hanya menggunakan vaksin Pfizer dan Moderna sahaja, pada sidang media di Dewan Al-Afiah hari ini.

    “Apa yang didapati setelah penilaian dan penelitian dibuat, kedua-dua vaksin ini terutama sekali Pfizer dan Moderna adalah yang sesuai untuk digunakan,” jelasnya.

    Menurutnya lagi, vaksin AstraZeneca dan Sinopharm tidak digunakan kerana kedua-dua vaksin tersebut tiada dalam sokongan Kementerian Kesihatan dan jika mereka masih menginginkan untuk mendapatkan dos penggalak selain Pfizer dan Moderna, mereka hanya perlu faham ianya bukan seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Beliau seterusnya menambah apa yang penting dos penggalak bukanya satu paksaan, jika mahukan vaksin lain selain yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan, mereka perlu menjelaskannya dan ia mungkin akan dipertimbangkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...