Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pertingkat perkhidmatan pelanggan menerusi revolusi teknologi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Dalam usaha mengukuhkan komitmen untuk mempertingkat pengalaman perkhidmatan pelanggan melalui revolusi teknologi, Progresif Sdn Bhd pada Februari lalu telah melancarkan satu aplikasi mudah alih baharu bernama Progresif Care+ yang membolehkan para pelanggan mengakses akaun mereka.

    Pengguna aplikasi tersebut juga mempunyai akses langsung kepada produk baharu dan promosi-promosi yang ditawarkan. Selain itu, pembayaran bil juga boleh dilakukan melalui aplikasi tersebut yang ternyata memudahkan para pelanggan untuk membuat transaksi dengan selamat dan selesa.

    Ketua Pegawai Komersial dan Digital Progresif Sdn Bhd, Awang Adi Iskandar bin Haji Basri mengulas perkara tersebut semasa menyampaikan pembentangannya bertajuk Stop Ideating, Start Progressing yang berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada pagi tadi.

    Semasa pembentangannya, Awang Adi Iskandar mengongsikan peranan Progresif dalam ekonomi baharu, memperkenalkan sistem pengewangan dua langkah bagi pencipta kandungan (content creators) dan cara-cara Progresif menyokong para usahawan.

    Progresif Media adalah antara salah satu aplikasi yang telah diperkenalkan oleh Progresif bagi menyokong pencipta kandungan tempatan yang mana pada ketika ini boleh diakses bukan sahaja di dalam negara malahan di peringkat antarabangsa. 

    Menurut Awang Adi Iskandar, setakat ini Progresif Media boleh diakses di 27 buah negara dari seluruh dunia dengan menggunakan pelbagai platform dan alat peranti termasuk telefon bimbit, komputer riba dan tablet.

    Pada masa yang sama, beliau turut mengongsikan beberapa tawaran istimewa yang ditawarkan oleh Progresif semasa berlangsungnya Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 (Brunei MYCE) bagi slot dan tempoh yang ditetapkan sahaja.

    Awang Adi Iskandar semasa menyampaikan pembentangan di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...