Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Pertukaran jurulatih beri kesan kepada skuad memanah M’sia

    KUALA LUMPUR, 25 MEI –  Faktor pertukaran jurulatih acara recurve sedikit sebanyak memberi kesan dalam misi memenuhi sasaran emas skuad memanah Malaysia pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam yang berakhir Isnin lepas.

    Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Abdul Hamid Hasan berkata, ini menyebabkan atlet memerlukan masa menyesuaikan diri dengan pendekatan latihan yang baharu.

    Skuad memanah recurve Malaysia sebelum ini dilatih oleh jurulatih Korea Selatan, Lee Jae Hyung namun kini dikemudi jurulatih tempatan Muhammad Marbawi Sulaiman.

    “Bagi acara recurve, kekangan untuk meraih emas mungkin disebabkan faktor pertukaran jurulatih Korea Selatan kepada jurulatih tempatan jadi sudah semestinya mereka (atlet) memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan cara mengajar yang baharu,” katanya ketika dihubungi Bernama kelmarin.

    Walau bagaimanapun, Abdul Hamid berkata proses ‘bedah siasat’ akan dilakukan berhubung kegagalan skuad memanah Malaysia dalam merealisasikan sasaran empat pingat emas pada Sukan Sea ke-31, Vietnam sebelum ini.

    Beliau berkata NAAM dalam masa sama akan merangka strategi lebih berkesan dalam memastikan skuad recurve Malaysia mampu beraksi lebih cemerlang pada kejohanan akan datang.

    Skuad memanah Malaysia menamatkan cabaran di Hanoi dengan mengumpul keseluruhan dua emas, dua perak dan lima gangsa.

    Pencapaian dua emas, satu perak dan dua gangsa diperolehi dalam acara compound sementara satu perak dan tiga gangsa dalam acara recurve. –Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...