BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan pertukaran, kenaikan pangkat dan lantikan kepada empat pegawai kanan yang berkuat kuasa mulai 2 Mei 2020 bersamaan 8 Ramadan 1441.
Pelantikan para pegawai berkenan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Ekonomi dan Kewangan), Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad dinaikkan pangkat menjadi setiausaha tetap (Wawasan, Kewangan dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sementara itu Penolong Peguam cara Negara di Pejabat Peguam Negara, Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohammed Taib ditukar dan seterusnya dinaikkan pangkat menjadi timbalan setiausaha tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-undang) di JPM.
Pengarah Radio Televisyen Brunei, Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu ditukar dan seterusnya dinaikkan pangkat menjadi timbalan setiausaha tetap (Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media) di JPM.
Manakala itu, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Ajman bin Haji Meludin telah ditukar dan seterusnya dilantik menjadi timbalan setiausaha tetap (Wawasan, Kewangan dan Kabinet) di JPM.