Pertukaran waktu operasi Pusat Panggilan PBSM

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Pusat Panggilan Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei (PBSM) memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula esok (4 Oktober), pusat panggilan tersebut akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Perubahan waktu panggilan berkenaan adalah disebabkan Operasi Pulih yang akan bermula esok.

Waktu operasi yang dipinda adalah untuk hotline sokongan bagi masalah teknikal BruHealth di talian 8260420, 8260430, 8260450, 8260460 dan 8260590 serta sokongan hotline untuk Healthline 148 di talian 8260320, 8260360, 8260370 dan 8260390.