Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pertumbuhan ekonomi Brunei diunjurkan 3.5 peratus

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Pertumbuhan ekonomi Brunei Darussalam diunjurkan pada 3.5 peratus tahun ini dan 5 peratus pada tahun depan, menurut Laporan Situasi dan Prospek Ekonomi Dunia (WESP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2022, yang dilancarkan baru-baru ini.

    Laporan itu menyatakan bahawa prestasi ekonomi Asia Timur sebahagian besarnya melantun pada 2021. Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) keseluruhan dianggarkan 6.7 peratus susulan penyusutan mendadak pada 2020. Bagaimanapun, pemulihannya bermula.

    Kemunculan semula COVID-19 telah mengganggu prestasi ekonomi yang disokong oleh stimulus dasar yang kukuh dan pemulihan dalam permintaan luaran. Pertumbuhan ekonomi diramalkan sederhana kepada 4.9 peratus sementara kesan perbezaan inflasi terhapus.

    Sementara pembukaan semula negara-negara boleh menyokong aktiviti-aktiviti ekonomi, pengagihan vaksin yang tidak sama, kadar vaksinasi yang masih perlahan dan keefisienan vaksin yang tidak diketahui terhadap varian-varian baharu bermakna pandemik berlarutan dan boleh menghalang pemulihan ekonomi yang rapuh.

    Laporan itu menambah, vaksinasi memberikan sedikit harapan, menekankan kadar vaksinasi yang tinggi di Brunei Darussalam.

    Setakat hari ini, 94.7 peratus telah menerima dos pertama, 93.8 peratus menerima dos ketiga dan 34.7 peratus telah menerima dos penggalak. Terdapat kira-kira 15,986 kes keseluruhan di negara ini dan 15,506 orang telah pulih.

    Laporan itu juga menyatakan bahawa kesan tambahan datang daripada kemungkinan penurunan dalam permintaan eksport, cabaran-cabaran bekalan yang berpanjangan, kebimbangan meningkat mengenai ketidakstabilan kewangan dan kemungkinan kelembapan lebih besar daripada yang dijangkakan dalam ekonomi China di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang berlarutan dengan Amerika Syarikat (AS).

    Peningkatan kecil dalam pertumbuhan KDNK keseluruhan di Asia Timur menutupi perbezaan besar dalam prestasi ekonomi di antara negara-negara.

    Secara keseluruhannya, pemulihan yang secara relatif lebih kukuh dilihat di China, Republik Korea dan Singapura, disebabkan langkah-langkah pembendungan COVID-19 yang awal, pemberian vaksin yang cepat dan permintaan luaran yang kukuh. Berbanding dengan itu, penularan varian Delta telah memperlahankan pemulihan di banyak negara ASEAN termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

    Negara-negara yang bergantung pada pelancongan, terutamanya negara-negara pulau yang sedang membangun di Pasifik, lebih teruk terjejas oleh gelombang baharu COVID-19 dan ketibaan pelancong menjunam. Pergolakan politik yang berlarutan telah teruk menjejaskan ekonomi Myanmar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...