Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pertumbuhan ekonomi global 2022 diunjur 2.6 peratus

    GENEVA, 25 MAC – Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global 2022 kepada 2.6 peratus berbanding 3.6 peratus.

    Penurunan unjuran itu disebabkan konflik Ukraine-Rusia serta perubahan dasar makroekonomi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, lapor Xinhua.

    Rusia dijangka mengalami “kemelesetan teruk” pada 2022, manakala sebahagian Eropah Barat serta Asia Tengah, Asia Selatan dan Asia Tenggara bakal menyaksikan “kelembapan pertumbuhan,” memetik laporan terkini Perdagangan dan Pembangunan agensi itu kelmarin.

    Konflik berterusan di Ukraine berkemungkinan mengukuhkan aliran pengetatan monetari di negara maju berikutan langkah serupa turut berlaku pada 2021 di beberapa negara membangun akibat tekanan inflasi, dengan pemotongan bajet juga dijangka berlaku dalam belanjawan akan datang.

    Permintaan global semakin kurang, penyelarasan dasar tidak saksama di peringkat antarabangsa dan kadar hutang tinggi akibat wabak turut menjana masalah kewangan yang boleh mendorong beberapa negara memba-ngun terjerumus ke dalam lingkaran insolvensi, kemelesetan dan merencat pembangunan.

    Konflik mengakibatkan “kelembapan ekonomi global yang berterusan dan melemahkan proses pemulihan daripada pandemik COVID,” kata Setiausaha Agung UNCTAD, Rebeca Grynspan.

    Kenaikan harga makanan dan bahan api akan memberi kesan serta-merta kepada golongan paling rentan di negara membangun.

    “Negara membangun yang bergantung kepada import makanan dan bahan api lebih mudah dipengaruhi kenaikan harga barang serta mengancam mata pencarian, merencatkan pelaburan dan meningkatkan defisit perdagangan,” menurut laporan itu.

    Ketidakpastian akibat konflik termasuk persekitaran aliran modal yang tidak menentu, ketidakstabilan kadar pertukaran wang dan peningkatan kos pinjaman, terutamanya bagi negara membangun kurang maju dan berpendapatan sederhana, berdepan risiko kesukaran melunaskan hutang negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...