Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pertumbuhan ekonomi global dijangka merosot

    PARIS, 22 NOV – Pertumbuhan ekonomi dunia dijangka merosot daripada 3.1 peratus tahun ini kepada 2.2 peratus pada tahun depan disebabkan inflasi yang tinggi, sebelum pulih kepada 2.7 peratus pada 2024.

    Di tengah kesan perang Rusia di Ukraine, ‘pertumbuhan telah kehilangan momentum, inflasi tinggi masih berlarutan, keyakinan telah menjadi lemah dan ketidakpastian tetap tinggi,’ kata Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dalam ramalan terbaharunya.

    Ketua Ekonomi OECD, Alvaro Santos Pereira berkata ekonomi global ‘sedang beransur pulih daripada krisis tenaga terbesar sejak 1970.’

    Krisis tenaga telah mendorong inflasi naik ‘ke tahap yang tidak pernah dilihat selama beberapa dekad’ dan menjejas pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia, tambah beliau.

    Inflasi telah pun meningkat sebelum konflik meletus berpunca daripada gangguan dalam rantaian bekalan global selepas negara di seluruh dunia pulih daripada pandemik.

    Namun OECD berkata inflasi dijangka mencecah lapan peratus dalam suku keempat tahun ini dalam ekonomi Kumpulan 20, merosot kepada 5.5 peratus pada 2023 dan 2024.

    “Tumpuan kami bukan pada kemelesetan global tetapi kelembapan pertumbuhan untuk ekonomi dunia pada 2023, walaupun inflasi dilihat sedang menurun di kebanyakan negara,” kata Santos Pereira.

    Memerangi inflasi menjadi ‘dasar utama semua negara,’ kata OECD, apabila harga tinggi menjejas kuasa pembelian rakyat. Dasar termasuk mengetatkan dasar mata wang di negara-negara di mana kenaikan harga masih tinggi dan menyasarkan langkah sokongan bagi keluarga dan firma untuk mengelak tekanan inflasi menjadi lebih teruk, dengan kos tenaga ‘mungkin kekal tinggi buat sementara waktu ini.’ – AFP

    Pekerja binaan bekerja dari kren di tapak pembinaan bangunan pencakar langit di Bandar Mexico pada 17 Jun 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...