SEOUL, Korea Selatan, 13 Jan – Bank pusat Korea Selatan mengurangkan ramalannya untuk pertumbuhan negara pada 2017 sebahagiannya disebabkan kesan sampingan daripada skandal campur tangan pengaruh.
Bank Korea berkata hari ini ekonomi mungkin berkembang 2.5 peratus pada tahun ini, lebih perlahan daripada ramalan pertumbuhan sebanyak 2.8 peratus pada Oktober. Ia berkata ekonomi keempat terbesar Asia akan bertumbuh 2.8 peratus pada 2018.
Bank memetik penggunaan persendirian yang lemah disebabkan pertumbuhan pendapatan yang sederhana, hutang keluarga berat dan kesan sampingan politik daripada skandal.
Parlimen mendakwa Presiden Park Geun-hye pada Disember dan Mahkamah Perlembagaan sedang menimbang sama ada beliau harus disingkirkan kerana didakwa membenarkan kawan lama campur tangan secara rahsia dalam hal ehwal kerajaan.
Ketidakpastian mengenai pilihan raya presiden akan datang telah meninggalkan syarikat keberatan menambah pelaburan dan pengambilan pekerja.

Gabernor Bank Korea Lee Ju-yeol memberitahu wartawan bahawa dasar ekonomi harus menumpu pada usaha menggalak perbelanjaan pengguna.
Syarikat perkapalan dan pembinaan kapal Korea Selatan telah membuang berpuluh ribu pekerja untuk mengawal kerugian berat. Pengangguran belia telah meningkat, mendesak jumlah penganggur di kalangan umur 15 hingga 29 tahun meningkat kepada 1 juta orang untuk kali pertama pada tahun lalu. Lee berkata pasaran pekerja yang suram sedang menjejas sentimen pengguna.
Meskipun pertumbuhan yang lembap, inflasi dijangka naik kepada 1.8 peratus pada tahun ini daripada 1.0 peratus pada 2016, sebahagiannya disebabkan harga minyak yang lebih tinggi.
Bank Korea mengekal kadar dasarnya pada 1.25 peratus pada bulan ini, mengekal kadar pada tahap rendah untuk bulan ketujuh berturut-turut. – AP