Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pertumbuhan ekonomi Saudi meningkat 12 peratus

    RIYADH, 31 JULAI – Pertumbuhan ekonomi Arab Saudi mencecah 12 peratus untuk suku kedua, didorong oleh sektor minyaknya, kata agensi statistik kerajaan hari ini.

    Ekonomi terbesar Timur Tengah itu telah menerima faedah daripada kenaikan dalam harga minyak yang dicetuskan oleh serangan Rusia ke atas Ukraine, dan telah menolak rayuan dari negara Barat untuk menambah keluaran demi menurunkan harga.

    Pertumbuhan dalam suku kedua mencecah 11.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut anggaran awal yang disiarkan oleh Pihak Berkuasa Statistik.

    “Pertumbuhan dinamik sebahagiannya disebabkan peningkatan dalam aktiviti minyak sebanyak 23.1 peratus,” menurut agensi.

    Aktiviti ekonomi bukan minyak meningkat 5.4 peratus dan perkhidmatan kerajaan meningkat 2.2 peratus berbanding suku kedua 2021.

    Perang Ukraine dan kenaikan dalam harga minyak mentah telah merangsang negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi, pengeksport minyak mentah terbesar dengan keluaran dalam negara kasar dijangka berkembang 7.6 peratus pada 2022, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...