Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertumbuhan hasil fiskal China berkembang

    BEIJING, 14 Julai – China mencatat pertumbuhan yang lebih pesat dalam pendapatan fiskal pada bulan Jun tatkala ia menyaksikan tanda-tanda peningkatan dalam ekonomi, data rasmi menunjukkan hari ini.

    Pendapatan fiskal naik 8.9 peratus tahun ke tahun kepada 1.7 trilion yuan (AS$251.8 bilion) bulan lepas, mempercepat pertumbuhan 3.7 peratus pada bulan Mei, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

    Dalam enam bulan pertama tahun 2017, pendapatan fiskal naik 9.8 peratus tahun ke tahun, pertumbuhan yang agak cepat, kata MOF dalam satu kenyataan.

    “Ia mencerminkan kestabilan keseluruhan dan tinjauan positif ekonomi,” kata kenyataan itu.

    Pendapatan dari VAT yang menyumbang lebih 30 peratus daripada pendapatan fiskal dalam tempoh enam bulan pertama, meningkat 2.2 peratus tahun ke tahun, disokong oleh harga produk perindustrian yang lebih tinggi dan pertumbuhan jualan yang lebih pantas dalam industri tertentu, kata kementerian itu.

    Gambar fail menunjukkan pelabuhan kontena di Qingdao, wilayah Shandong. China mencatat pertumbuhan yang lebih pesat dalam pendapatan fiskal menunjukkan tanda-tanda peningkatan. – AFP
    Gambar fail menunjukkan pelabuhan kontena di Qingdao, wilayah Shandong. China mencatat pertumbuhan yang lebih pesat dalam pendapatan fiskal menunjukkan tanda-tanda peningkatan. – AFP

    Hasil daripada cukai pendapatan korporat naik 15.6 peratus tahun ke tahun disebabkan kenaikan keuntungan syarikat, manakala dari VAT dan cukai penggunaan ke atas barangan import telah melonjak 34 peratus kepada pertumbuhan import yang kukuh.

    Petunjuk terkini telah menunjukkan peningkatan aktiviti kilang, penggunaan yang kukuh dan pertumbuhan perdagangan luar negeri yang mantap.

    China akan mengeluarkan satu siri data ekonomi pada Isnin, termasuk KDNK, pelaburan aset tetap, pengeluaran perindustrian dan jualan runcit, untuk suku kedua dan separuh pertama.

    KDNK negara itu berkembang 6.9 peratus pada suku pertama tahun ini, meningkat daripada 6.8 peratus pada suku sebelumnya dan melebihi sasaran pertumbuhan tahunan kerajaan sekitar 6.5 peratus.

    Pada bulan Jun, perbelanjaan fiskal China melonjak 19.1 peratus tahun ke tahun kepada 2.7 trilion yuan, meningkat daripada kenaikan 9.2 peratus pada bulan Mei, data MOF menunjukkan.

    Dalam tempoh enam bulan pertama, perbelanjaan fiskal meningkat 15.8 peratus tahun ke tahun, dengan perbelanjaan untuk pendidikan meningkat 17.2 peratus dan keselamatan sosial dan pekerjaan meningkat 24.6 peratus. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda