Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pertunjukan fesyen batik moden Indonesia dapat sambutan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Pertunjukan fesyen batik moden dan kraf tangan menjadi permulaan aktiviti promosi ekonomi Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) yang ternyata memukau dan mendapat sambutan daripada orang ramai dalam acara yang berlangsung di Dewan Diplomatik kedutaan itu baru-baru ini.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko semasa ucapan ringkasannya pada acara Pameran dan Kebudayaan Batik Indonesia anjuran KBRI dengan kerjasama Persatuan Wanita Dharma itu, mengatakan batik merupakan bentuk seni yang berasal dari Indonesia dan telah diiktiraf UNESCO sebagai Masterpiece of Oral and Intangible Heritage Humanity sejak Oktober 2009.

    Kini batik terkenal di peringkat antarabangsa dan batik penting dalam industri ekonomi Indonesia, tambah beliau.

    Pertunjukan fesyen batik itu turut dihadiri oleh masyarakat Brunei dan diplomat asing di negara ini yang mengagumi koleksi batik menarik Indonesia. Ia menyerlahkan pelbagai motif, warna dan corak kain batik.

    Selain masyarakat Brunei dan diplomat asing, ahli perniagaan, wakil media dan rakan-rakan Indonesia turut menghadiri pertunjukan fesyen yang menampilkan karya pereka Indonesia, Frida Nursanti.

    Tidak hanya pertunjukan fesyen, para hadirin juga berpeluang melihat produk kraf tangan, makanan dan minuman herba dari Kabupaten Purwakarta.

    Tarian Pendet, tarian Payung dan tarian Saman yang dipersembahkan oleh masyarakat Indonesia di Brunei turut memeriahkan majlis tersebut.

    Ia diselajurkan dengan pelancaran buku kanak-kanak bertajuk The Legend of Bagendit Lake dengan kerjasama KBRI dan Persatuan Literasi Membaca Negara Brunei Darussalam (RELA).

    Buku itu mengisahkan legenda Situ Bagendit, salah satu tempat pelancongan di Provinsi Jawa Barat, yang disusun oleh Dr Zeiti Hamid dan pasukan.

    TYT Dr Sujatmiko bergambar ramai bersama warga Kedutaan Besar Republik Indonesia.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...