Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Pertunjukan latihan tinju, tinju tendang lahirkan warga sihat

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Satu acara Pertunjukan Latihan Tinju & Tinju Tendang sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 Tahun 2023 telah dianjurkan bersama oleh Wolfpack Training Ground (WPT) dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Panchor, kelmarin.

Acara tersebut diadakan di Pasar Malam Seri Kenangan, Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan selaku Ketua Kampung Sengkarai, Tutong.

Pemangku Ketua Kampung Panchor, Tutong, Awang Muhammad Adib bin Pehin Datu Indera Setia Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Sulaiman dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa tinju dan tinju tendang adalah sukan tempur, dan juga seni bela diri yang berfaedah untuk meningkatkan tahap kecergasan diri.

“Tinju menggunakan gerakan menumbuk dan mengelak tumbukan daripada lawan, tinju tendang menggabungkan gerakan menumbuk dan menendang sekali gus mengelak gerakan-gerakan tersebut daripada lawan,” jelasnya.

Menurut Awang Muhammad Adib lagi, sparring adalah simulasi perlawanan dalam pertandingan, beradu tenaga tanpa menggunakan kekuatan sepenuhnya, satu latihan dalam seni bela diri yang mengutamakan teknik dan strategi untuk mengalahkan lawan.

Tujuan utama acara tersebut adalah untuk memberi peluang kepada para peserta atlet dari WPT memaparkan bakat mereka dalam seni tinju dan tinju tendang, sekali gus untuk menarik minat para belia terhadap sukan tersebut.

Awang Muhammad Adib berharap acara yang dianjurkan akan membantu meningkatkan sokongan, kerjasama dan minat daripada masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti sukan seumpamanya.

“Ia adalah untuk memupuk semangat warga sihat iaitu ‘sihat dari segi kuat fizikal tubuh badan’, yang juga antara ciri utama al-Mukmin al-Qawi, yakni antara kunci utama untuk mencapai tiga matlamat utama Wawasan Brunei 2035,” tambahnya lagi.

Warga WPT dan MPK Panchor bersama Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan bergambar ramai.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -