Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pertunjukan sarkas pecah rekod dunia

    WASHINGTON, 22 NOV – Sebuah sekolah seni di Kemboja memecahkan Rekod Dunia Guinness menerusi pertunjukan sarkas selama 24 jam, 10 minit, 30 saat.

    United Press International (UPI) melaporkan pegawai di Phare Ponleu Selpak, sebuah sekolah seni di Kemboja berkata idea untuk memecahkan Rekod Dunia Guinness itu tercetus apabila sekolah itu terpaksa ditutup akibat pandemik COVID-19.

    Sembilan puluh penghibur termasuk profesional sekolah serta penghibur dari organisasi Phare, The Cambodian Circus, mempamerkan persembahan yang menampilkan magis, akrobatik, tarian, badut, muzik, liuk badan dan banyak lagi sepanjang masa lebih sehari itu.

    Sarkas itu dipentaskan pada Mac 2021, namun Rekod Dunia Guinness mengambil masa lebih setahun untuk menyemak bukti dan mengesahkannya serta mengumumkannya secara rasmi bulan ini, menurut UPI. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...