Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Peru dilanda gelombang keempat COVID

    LIMA, 27 JUN – Kerajaan Peru kelmarin telah mengisytiharkan bahawa gelombang keempat jangkitan COVID telah mula melanda negara itu.

    Peru merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kadar kematian tertinggi di dunia akibat virus tersebut.

    Menurut catatan angka rasmi, jangkitan meningkat daripada 1,800 kes jangkitan setiap minggu pada awal bulan kepada lebih daripada 11,000 pada minggu lepas.

    Peningkatan itu setakat ini tidak membawa kepada peningkatan ketara dalam kemasukan ke hospital atau jumlah kematian.

    Sekurang-kurangnya 65 peratus daripada penduduk di negara itu telah menerima tiga dos vaksin COVID, dengan lebih daripada 80 peratus telah menerima sekurang-kurangnya dua dos. Manakala mereka yang berumur lebih 40 tahun juga dibenarkan untuk menerima dos keempat.

    Peru sebelum ini telah berhadapan dengan gelombang ketiga wabak itu antara penghujung 2021 dan Februari 2022, dengan purata kemuncak hampir 50,000 jangkitan sehari pada minggu ketiga Januari.

    Pada masa ini, terdapat seramai 833 orang pesakit COVID yang dirawat di hospital di negara itu yang mencatatkan penurunan daripada rekod seramai 15,547 pada Mac 2021.

    Peru dengan penduduk seramai 33 juta orang telah menyaksikan lebih daripada 213,000 kematian akibat COVID sejak wabak itu bermula, menurut Universiti Johns Hopkins yang berpangkalan di Amerika Syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...