Peru dilanda gempa bumi kuat

LIMA, 28 NOV – Gempa bumi dengan magnitud 7.5 melanda Peru pada pukul 5:52 pagi hari ini, menghantar gegaran di seluruh utara dan tengah rantau.

Gempa kuat melanda pada kedalaman 131 kilometer, menurut Institut Geofizikal Peru.

Pusat gempa terletak 98 kilometer dari timur bandar Santa Maria de Nieva di Amazon Peru – kawasan yang dihuni oleh penduduk asli Amazon.

Gempa bumi itu menjejaskan separuh dari negara, termasuk kawasan pantai dan Andes, dan ibu negara Lima.

“Kami semua membanjiri jalan, kami berasa amat takut,” beritahu seorang pendengar kepada radio RPP dari bandar utara Chota.

“Gempa terasa amat kuat,” kata seorang lagi pendengar, yang memperkenalkan dirinya sebagai Juan, dari bandar utara Chiclayo.

Dalam laporan pertamanya, Institut Pertahanan Awam Nasional berkata tidak ada kerosakan yang telah dilaporkan setakat ini.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat meramalkan kemungkinan beberapa kerosakan tetapi hanya bersifat setempat. – AFP