Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Peru laksanakan perintah berkurung selepas bantahan

    LIMA, 5 APRIL – Presiden Peru, Pedro Castillo mengumumkan perintah berkurung hari ini di ibu kota Lima dan bandar pelabuhan, Callao berikutan tunjuk perasaan yang menyebabkan jala-jalan disekat dan ‘tindakan keganasan’.

    Tunjuk perasaan tercetus di seluruh negara dalam beberapa hari disebabkan harga minyak yang meningkat dan bayaran tol, semasa tempoh Peru turut mengalami kenaikan harga makanan.

    Dalam usaha untuk meredakan penunjuk perasaan, pihak kerajaan telah menghapuskan cukai minyak pada hujung minggu lalu.

    Tetapi kelmarin, tunjuk perasaan diteruskan dengan pemandu trak dan pembawa penumpang membanjiri jalan-jalan di Lima, serta beberapa wilayah di bahagian utara – dari bandar tepi laut, Piura hingga ke kawasan pendalaman Amazon.

    Castillo mengumumkan lewat kelmarin bahawa Majlis Menteri-menteri Peru meluluskan perintah berkurung untuk hari berikutnya.

    Berlaku beberapa kejadian keganasan, termasuk membakar pondok tol di lebuh raya-lebuh raya, merampas kedai-kedai dan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis turut berlaku.

    Penunjuk perasaan turut menyekat lebuh raya Pan-America, laluan pengangkutan terpenting negara itu menghubungkan utara dan selatan, sekolah turut digantungkan.

    “Saya menyeru untuk bawa bertenang dan berdamai,” kata Castillo semasa taklimat yang disiarkan di televisyen.

    “Bantahan sosial adalah hak perlembagaan, tetapi ia mesti dilakukan mengikut undang-undang.”– AFP

    Seorang lelaki memeriksa pondok tol yang rentung di lebuh raya Pan-America yang dirosakkan oleh penunjuk perasaan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...