Tuesday, November 28, 2023
25.3 C
Brunei

    -

    Peru lanjut tempoh darurat akibat cuaca ekstrem

    LIMA, 4 OKT – Peru memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat selama 60 hari di kebanyakan kawasan berikutan cuaca ekstrem yang disebabkan oleh El Nino dan hujan bermusim, Xinhua memetik warta kerajaan El Peruano kelmarin.

    Menurut dekri yang diterbitkan, langkah kecemasan yang terpakai untuk 855 daerah bertujuan ‘untuk terus melaksanakan langkah dan tindakan segera dan perlu bagi mengurangkan risiko sedia ada’ yang ditimbulkan oleh fenomena iklim yang dikenali sebagai El Nino.

    Lanjutan ‘tempoh darurat’ bermula 7 Oktober telah diluluskan berikutan laporan daripada Institut Pertahanan Awam Negara, yang memberi amaran tentang ‘bahaya yang akan berlaku’ akibat hujan lebat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...