Peru mara ke suku akhir

RIO DE JANEIRO, 19 JUN – Kapten Paolo Guerrero dan penyerang Jefferson Farfan masing-masing menjaringkan satu gol dan mencipta peluang untuk satu lagi gol ketika Peru bangkit untuk memburu tempat ke peringkat suku akhir aksi Copa Ameirca membabitkan kumpulan A dengan mengatasi Bolivia, 3-1 pagi ini.

Bolivia mendahului menerusi jaringan penalti disempurnakan Marcelo Moreno yang bijak memperdaya penjaga gol Pedro Gallese daripada menafikan jaringannya.

Namun Guerrero menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama dan Farfan memastikan Peru di depan sebelum Edison Flores menjaringkan gol ketiga di minit akhir perlawanan yang berlangsung di Stadium Rio de Janeiro’s iconic Maracana.

Dengan empat mata daripada dua perlawanan menjelang pertembungan akhir peringkatan kumpulan berdepan tuan rumah Brazil, Peru memastikan mereka antara pasukan yang tidak pernah gagal layak ke peringkat kalah mati sejak format 12 pasukan layak beraksi ke peringkat seterusnya diperkenalkan pada 1993.

Bolivia berdepan pertembungan perlu menang buat mereka berdepan Venezuela dalam perlawanan terakhir untuk mengintai peluang layak ke suku akhir.

Peru menguasai perlawanan itu menerusi gerakan menarik pemain sayap Andy Polo yang mencipta peluang awal namun percubaan kaki kirinya berjaya diselamatkan Carlos Lampe.

Farfan berjaya memperolehi sepakan percuma namun percubaannya melepasi palang gol ketika 20 minit permainan dan ketika itu Peru menguasai 70 peratus perlawanan. – AFP

Jefferson Farfan (kanan) menanduk bola untuk menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Bolivia di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, kelmarin. – AFP