Peru rampas 182 kg kokain

LIMA, 24 OGOS – Pasukan keselamatan Peru merampas 182 kilogram kokain di wilayah Amazon Valle de los Rios Apurimac, Ene dan Mantaro (dikenali sebagai Vraem), lapor pihak berkuasa kelmarin.

Menurut laporan Polis Kebangsaan Peru (PNP), rampasan dilakukan ketika serbuan ejen antidadah dilakukan di bandar Encarnacion, di wilayah tengah La Mar.

Pasukan antidadah turut menjumpai kira-kira satu tan bahan kimia yang digunakan oleh kartel untuk mempro-ses kokain, kata lapo-ran itu. Pihak berkuasa menganggarkan jumlah rampasan bernilai AS$10 juta. – Bernama