Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Peru tutup Machu Picchu

    ANKARA, 22 JAN – Peru menutup tapak pelancongan terkenal, Machu Picchu di tengah-tengah protes antikerajaan yang menyaksikan ratusan pelancong terkandas di daerah itu, lapor agensi Anadolu.

    “Mulai hari ini, pelancong tidak dibenarkan masuk ke llaqta atau Kubu Kota Machu Picchu dan Inca Trail Network sehingga diberitahu kelak.

    “Bantuan sewajarnya akan diberikan kepada pelawat dalam dan luar negara yang telah membeli tiket atau mereka boleh memohon bayaran balik,” menurut agensi berita Andina memetik kenyataan Direktorat Kebudayaan Disentralisasi wilayah Cusco.

    Terdapat 417 orang terkandas di daerah Machu Picchu dengan lebih 300 daripadanya terdiri warga asing. – Bernama

    Pelancong menunggu di luar stesen kereta api Machu Picchu selepas perkhidmatan kereta api digantung kerana kerosakan yang didakwa disebabkan oleh penunjuk perasaan di Machu Picchu, Peru, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...