Peru umum pilihan raya April 2021

LIMA, 9 JULAI – Presiden Peru Martin Vizcarra semalam menetapkan pilihan raya umum pada 11 April tahun depan apabila beliau akan meletak jawatan sebagai pemimpin negara.

Pengumuman beliau menandakan permulaan secara formal proses untuk mengadakan pilihan raya presiden dan perundangan.

“Memenuhi komitmen saya di sini adalah perintah mengadakan pilihan raya umum pada 11 April 2021,” kata Vizcarra dalam ucapan dari istana presiden.

Pemilihan semula tidak dibenarkan di Peru dan penggal presiden hanya bertahan lima tahun.

Sebelum ini naib presiden, Vizcarra menerajui tampuk pentadbiran pada Mac 2018 selepas Pedro Pablo Kuczynski dipaksa meletak jawatan sebagai presiden disebabkan skandal rasuah membabitkan jutaan dolar yang dibayar oleh firma pembinaan Brazil Odebrecht.

Vizcarra menekankan penggal presiden tidak boleh dilanjutkan oleh ‘krisis politik, atau pandemik, atau mana-mana faktor lain.’

Jika tidak ada calon presiden memperoleh majoriti mutlak dalam pusingan pengundian pertama, pilihan raya kecil akan diadakan di antara dua calon teratas. – AFP