Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    ‘Perubahan adalah sekarang’

    Pelakon prolifik Indonesia, Dian Sastrowardoyo menerusi satu hantaran poster bertulis di laman Instagramnya memberi penegasan supaya isu gangguan seksual dalam industri filem Indonesia perlu segera ditangani dan diselesaikan.

    Jelas pelakon yang popular menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta ini, dia mahu perubahan dilakukan segera bagi mencipta ruang seni yang positif.

    Ujarnya pada status hantaran dengan penjelasan panjang lebar itu, “Perubahan adalah sekarang. Masa untuk menjadi aktif, telus dan tegas. Tunjukkan sokongan awda.”

    Ucapan ini disertakan dengan tanda pagar berpihak pada mangsa dan ruang selamat dunia perfileman.

    Menerusi poster bertulis yang dimuat naik itu, Dian menyatakan yang selama ini kekerasan seksual di dalam ekosistem dunia perfileman masih terjadi. – Agensi

    Bagi Dian Sastro, salah satu cara untuk mewujudkan ruang kerja yang selamat daripada keganasan seksual ialah dengan mewujudkan dasar atau SOP. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...