Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Perubahan arus laut Antartika berlaku lebih awal daripada jangkaan

    PARIS, 26 MEI – Perubahan arus laut yang berpunca daripada perubahan iklim di lautan terdalam di sekitar Antartika, yang boleh memberikan kesan serius di seluruh planet dan meningkatkan pemanasan global, berlaku beberapa dekad ‘lebih awal daripada jangkaan’, menurut penyelidikan baharu.

    Saintis berkata pencairan ais Antartika yang semakin cepat dan peningkatan suhu, didorong oleh pelepasan gas pemanasan planet, dijangka mempunyai kesan ketara ke atas rangkaian global arus lautan yang membawa nutrien, oksigen dan karbon.

    Ini bukan sahaja boleh mengancam hidupan marin, tetapi ia juga berisiko mengubah peranan penting lautan dalam menyerap karbon dioksida dan haba.

    Kajian terdahulu menggunakan model komputer menunjukkan ‘peredaran terbalik’ perairan di bahagian paling dalam lautan akan perlahan sebanyak 40 peratus menjelang 2050 jika pelepasan kekal tinggi.

    Tetapi menurut penyelidikan terbaharu yang dikeluarkan kelmarin, yang berdasarkan data pemerhatian, mendapati bahawa proses ini telah pun perlahan 30 peratus antara tahun 1990an dan 2010-an.

    “Data kami menunjukkan kesan perubahan iklim berlaku lebih awal daripada ramalan,” kata pengarang utama Kathryn Gunn, dari agensi Sains Australia CSIRO dan Universiti Southampton, Britain.

    Implikasinya mungkin ketara, dengan lautan dalam Antartika bertindak sebagai ‘pam’ utama untuk rangkaian global arus lautan.

    “Apabila arus laut semakin perlahan, lebih banyak karbon dioksida dan haba tertinggal di atmosfera, satu proses yang mempercepatkan pemanasan global,” kata Gunn kepada AFP.

    “Hakikat perubahan arus laut ini berlaku adalah tidaklah mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah masa ia berlaku.”- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...