Perubahan iklim jadikan Antartika ‘salji hijau’

PARIS, 20 MEI – Sebahagian dari semenanjung Antartika akan berubah warna menjadi ‘salji hijau’ yang disebabkan oleh alga yang berkembang dan dijangka akan merebak disebabkan kenaikan suhu global, hasil kajian hari ini.

Meskipun dianggap sebagai tidak mempunyai kehidupan tumbuhan, Antartika adalah tempat bagi beberapa jenis alga, yang tumbuh di salji yang tebal dan meresap karbon dioksida dari udara.

Para penyelidik dari Universiti Cambridge dan Kajian Antartika Britian menggabungkan gambar satelit dengan pemantau di lapangan untuk mengesan sejauh mana alga hijau di benua paling tandus di dunia.

“Meskipun terdapat sejumlah kecil bilangannya dalam skala global, di Antartika di mana anda mempunyai sejumlah tanaman yang sedikit, jumlah biojisim sangat tinggi,” kata Matt Davey dari Jabatan Sains Tumbuhan Cambridge, kepada AFP.

“Ramai yang merasakan Antartika hanya mempunyai salji dan penguin. Tetapi pada hakikatnya apabila anda melihat di pinggiran, terdapat banyak kehidupan tumbuh-tumbuhan.

Pasukan tersebut membuat perkiraan bahawa alga di semenanjung pada masa ini menyerap tahap CO2 yang bersamaan dengan 875,000 perjalanan kereta.

Mereka turut mendapati bahawa kebanyakan alga yang tumbuh dalam lingkungan lima meter dari kawanan penguin, kerana kotoran burung adalah baja yang sangat baik. – AFP