Perubahan iklim punca pulau Pasifik dilanda banjir

MAJURO, PULAU MARSHALL, 8 DIS – Negara-negara pulau di Pasifik Selatan mengadakan kempen pembersihan hari ini selepas ribut dan ombak tinggi mencetuskan banjir meluas dengan air laut meningkat disebabkan perubahan iklim.

Pulau Marshall, Solomon dan Federated States of Micronesia semuanya melaporkan kejadian banjir, dengan laporan beberapa bahagian terpencil di Vanuatu juga dilanda peningkatan air.

“Kerajaan Federated States of Micronesia menyedari kebanjiran air masin berlaku di seluruh pulau itu disebabkan ombak tinggi dan ribut,” kata Presiden David Panuelo dalam satu kenyataan.

“Kerajaan telah menerima pelbagai permintaan daripada penduduk yang meminta bantuan.”

Di bandar Majuro, Pulau Marshall, air laut meningkat melepasi pengadang bongkah batu dan menenggelami seksyen jalan menuju ke lapangan terbang hingga kedalaman 50sm sebelum mulai surut.

Polis Pulau Solombon mengeluarkan amaran kepada para penduduk untuk menjauhi sungai dan anak sungai. – AFP

Gambar 6 Disember menunjukkan ombak tinggi membadai Majuro Atoll di Pulau Marshall. – AP