Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

Perubahan iklim tambah risiko penyakit berjangkit

-

WASHINGTON, 28 APRIL – Perubahan iklim akan mengakibatkan ribuan virus baharu merebak dalam kalangan spesies haiwan menjelang tahun 2070, dan ia mungkin menambah risiko penyakit berjangkit yang merebak daripada haiwan kepada manusia, menurut satu kajian baharu.

Ia terbukti benar di Afrika dan Asia, benua yang telah menjadi titik tumpuan penyakit yang merebak daripada manusia kepada haiwan dan sebaliknya sejak beberapa dekad lalu, termasuk selesema, HIV, Ebola dan koronavirus.

Para penyelidik, yang menyiarkan hasil dapatan mereka hari ini dalam jurnal Nature, menggunakan satu model untuk mengkaji bagaimana lebih 3,000 spesies mamalia mungkin berhijrah dan berkongsi virus dalam tempoh 50 tahun akan datang sekiranya dunia menjadi lebih panas sebanyak 2 darjah Celsius, yang mungkin berlaku menurut penyelidikan terbaharu.

Mereka mendapati virus antara spesies yang akan meningkat lebih 4,000 kali di kalangan haiwan sahaja. Burung dan haiwan laut tidak termasuk dalam kajian itu.

Penyelidik berkata bukan semua virus yang merebak kepada manusia akan menjadi pandemik skala koronavirus tetapi jumlah virus antara spesies menambah risiko penularan kepada manusia.

Kajian menekankan dua krisis global – perubahan iklim dan penularan penyakit berjangkit – sebagai kemelut yang perlu diatasi oleh dunia.

Penyelidikan sebelumnya telah mengkaji bagaimana pembasmian hutan dan kepupusan serta perniagaan hidupan liar membawa kepada penularan penyakit haiwan-manusia, tetapi tidak adanya penyelidikan mengenai bagaimana perubahan iklim dapat mempengaruhi jangkitan penyakit berkenaan, kata penyelidik pada taklimat media semalam.

Pakar mengenai perubahan iklim dan penyakit berjangkit bersetuju bahawa pemanasan bumi mungkin menambah lagi risiko kemunculan virus baharu. – AP

Gambar mikroskop elektron serahan Institut Kesihatan AS menunjukkan sel manusia T, diserang HIV, dalam warna kuning, virus yang mengakibatkan AIDS. Perubahan iklim akan mengakibatkan ribuan virus baharu merebak di kalangan spesies haiwan pada 2070. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -